Rambut bersinar, beralun dan sihat adalah aset yang diidamkan oleh semua wanita. Tetapi, walaupun rambut umpama mahkota, kenapalah kita sering mendera rambut kita? Tahukah anda, pengering rambut, flat iron, mewarnakan rambut atau melunturkan(bleach) rambut, bahan kimia untuk meluruskan rambut dan mengikat rambut dengan terlalu ketat...semua ini boleh menjadikan rambut kering dan susah untuk mengekalkan sebarang stail rambut? Menurut pakar rambut John Gray, pengarang The World of Hair,rambut yang sering ‘didera’ boleh merosakkan lapisan pelindung luar – lapisan ‘F’ sehingga melemahkan bahagian korteks, iaitu akar rambut kita...Alamak!
Berikut kami telah kongsikan cara-cara mudah menyelamatkan rambut rosak yang disebabkan oleh empat ‘penderaan’ utama:
Jangan terlebih-lebih
Mahu mewarnakan atau mencerahkan rambut? Ingat, kesederhanaan itu ada baiknya...pilih warna di dalam lingkungan satu atau dua ton daripada warna asal anda kerana perubahan warna yang lebih drastik, seperti hitam menjadi perang muda lebih mudah merosakkan rambut. Apabila mewarnakan rambut dengan warna tahan lama atau sementara, fokus pada bahagian akar dan bukannya pada bahagian berliang.

Berhati-hati jika mendedahkan rambut berwarna anda kepada proses meluruskan rambut dengan bahan kimia atau stail rambut berombak tahan lama. Kalau ingin meluruskan rambut dengan bahan kimia, apa kata anda berbincang dahulu dengan juru gaya dan bertukar ke satu proses yang lebih lembut supaya dapat memperbaiki tekstur rambut anda – jika ada niat, rambut anda pasti menjadi lembut, bersinar dan mudah diurus!
Adalah amat penting untuk anda menggunakan syampu dan perapi yang diformulasikan untuk rambut berwarna. Tahukah anda, rawatan bahan kimia boleh mengubah struktur rambut anda? Untuk pengetahuan anda, produk-produk ini mengandungi polimer-polimer yang boleh membantu menguatkan struktur baharu rambut.
Kerosakan Haba
Tahukah anda, sebenarnya, flat iron, curling iron dan pengering rambut boleh mencecah suhu takat air mendidih! Jadi, untuk mencegah rambut menjadi rosak, apa kata anda gunakan penyembur pelindung haba dan pilihlah seting terendah yang masih mampu memberikan hasil yang diidamkan sambil memelihara kesihatan rambut. Ingat, jangan gunakan pengering rambut apabila rambut masih basah. Sebaliknya, tunggu sehingga rambut dua pertiga menjadi lebih kering atau gunakan tuala. Apabila menggunakan flat iron, pastikannya sentiasa bergerak. Kalau boleh, hanya gunakan flat iron pada setiap bahagian rambut sekali sahaja untuk mengurangkan kerosakan.

Cari produk penjagaan rambut yang mempunyai perkataan-perkataan seperti ‘melembapkan’ atau ‘moisturizing/hydrating’ pada label dan ia pasti boleh mengembalikan tahap kelembapan yang sihat pada rambut!
Pengendalian Yang Kasar
Peringatan: hanya gunakan sikat bergigi lebar apabila memberus rambut basah yang kusut atau tersimpul! Jangan lupa, anda tidak perlu memberus rambut dengan begitu kerap dan pastikan cara memberus anda tidak terlalu agresif. Lupakan saja mitos yang syorkan anda memberus rambut sebanyak 100 kali semalam. Kalau boleh, berus rambut secara minima untuk mendapatkan satu penampilan yang rapi. Untuk stail ekor kuda, gunakan pengikat rambut jenis tidak berkelim. Awas, jangan tarik keluar pengikat rambut dengan kuat, kerana ia boleh menyebabkan masalah rambut bercabang. Jika anda berdepan dengan masalah rambut bercabang, contohnya rambut nipis pada bahagian mahkota, gunakan krim penjagaan rambut. Letakkan sedikit krim pada tapak tangan dan sapukan pada bahagian rambut nipis.

Pendedahan Matahari
Kami pasti anda sudah tahu bahawa sinaran UV mampu merosakkan kulit dalam sekelip mata...tahukah anda, ia juga boleh melemahkan struktur protein yang mengekalkan kesihatan dan kekuatan rambut? Cara terbaik untuk mengatasinya? Mudah sahaja - pakailah topi. Anda boleh pilih topi yang mempunyai penutupan luas supaya dapat melindungi kulit anda pada masa yang sama. Jika rambut anda sering disinari matahari, pilihlah syampu dan perapi yang dirumuskan khas untuk menguatkan rambut dan jangan lupa pilihkan formula yang bersesuaian dengan tekstur rambut anda (halus/nipis atau sederhana/lebat).

No comments:
Post a Comment